Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Petaling

Majlis Penerimaan Watikah dari DYMM Sultan Selangor

MRS Petaling

17 Mac 2023

1165

SHAH ALAM, 16 Mac 2023 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan menyerahkan watikah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah dalam satu istiadat. Antaranya termasuk seramai tiga orang penerima watikah dari Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Kesemua pelantikan ini dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (EPAINS 2003). Syabas dan tahniah YA Tuan Shukran bin Yusof atas watikah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Tahniah juga diucapkan kepada Tuan Abdul Malik bin Soleh dan Tuan Mohd Tarmizi bin Jaafar sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor. Semoga pelantikan ini dapat mengukuhkan lagi tadbir urus perundangan dan kehakiman syariah dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya di negeri Selangor dan Mahkamah ini.