Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • JAKESS PERKASA KEFAHAMAN MASYARAKAT MENGENAI NAFKAH DAN HADHANAH MELALUI SEMINAR SIRI KE-8 ZON GOMBAK

JAKESS PERKASA KEFAHAMAN MASYARAKAT MENGENAI NAFKAH DAN HADHANAH MELALUI SEMINAR SIRI KE-8 ZON GOMBAK

Admin-Haeida

14 Oktober 2026

48



                       

                       

                    ;   

                                                            

13 Oktober 2026, Kuala Lumpur — Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menganjurkan Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri Ke-8 Zon Gombak bertemakan “Nafkah dan Hadhanah: Hak Anak, Amanah Ibu Bapa” bertempat di Pusat Komuniti Setiawangsa, Kuala Lumpur, pada hari ini.

Seminar yang menghimpunkan seramai 350 orang peserta terdiri daripada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan masyarakat setempat di daerah Gombak ini bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai hak anak, tanggungjawab ibu bapa serta peruntukan undang-undang syariah berkaitan nafkah dan hadhanah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Amat Arif Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor.

Pengisian utama seminar diteruskan menerusi forum yang dikendalikan oleh Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin selaku moderator, bersama tiga orang ahli panel, iaitu Tuan Muhammad Mujahid bin Ahmad, Ketua Unit Integriti JAKESS; Tuan Ghazali bin Ahmad, Pegawai Penyelidik Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia; dan Puan Siti Masitah binti Md Kassim, Ketua Bahagian Sokongan Keluarga JAKESS.

Perbincangan memberi fokus kepada isu nafkah dan hadhanah, pelaksanaan tanggungjawab ibu bapa serta kepentingan melindungi hak dan kebajikan anak menurut undang-undang syariah. Sesi soal jawab turut membuka ruang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan ahli panel dan mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu kekeluargaan Islam.

Program turut diserikan dengan kuiz panel bersama peserta serta lawatan ke reruai pameran.

Penganjuran seminar ini mencerminkan komitmen berterusan JAKESS dalam memperluas penyampaian maklumat dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap undang-undang syariah, khususnya berkaitan hak dan tanggungjawab dalam institusi kekeluargaan Islam, demi memastikan kebajikan serta kepentingan anak sentiasa menjadi keutamaan.