Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat

Latar Belakang

Bangunan Mahkamah Rendah Syariah Gombak telah dibina sejak tahun 1980 oleh Pihak Jabatan Agama Selangor. Ia terletak di Jalan AU 2A/17, Taman Seri Keramat 54200 Selangor Darul Ehsan . Pada masa itu Mahkamah ditadbir dan diurus oleh Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur di bawah pengawasan Jabatan Agama Islam Selangor . Pegawai Tadbir Agama yang menjadi Ketua Pejabat, Pejabat Agama Islam Gombak Timur adalah juga sebagai Hakim (Qadhi) yang membicarakan kes di Mahkamah Syariah ketika itu.

Pada masa itu, nama Mahkamah ialah Mahkamah kadi . Apabila terdapat kes - kes yang tergolong dalam kategori kes Mahkamah Tinggi (dahulunya Mahkamah Kadi Besar) , Kadi Besar yang berpejabat di Bahagian Mahkamah Syariah, JAIS Shah Alam akan datang ke Mahkamah Syariah Daerah Gombak Timur pada hari - hari tertentu untuk mendengar dan memutuskan perbicaraan.

Pada 1hb. September, 1991 seorang Penolong Pendaftar dan seorang pembantu Pendaftar telah dilantik untuk menguruskan pentadbiran Mahkamah Rendah Syariah Gombak/ Hulu Selangor. Pada ketika itu, Hakim yang ditugaskan untuk membicarakan kes-kes di kawasan ini adalah pada masa yang sama menjadi Pegawai Tadbir Agama di Pejabat Agama Islam Hulu Selangor.

Sehingga 3hb. Disember, 1991, Mahkamah telah mempunyai 3 orang kakitangan sokongan termasuk seorang Penghantar Saman yang diserapkan ke Mahkamah (sebelum ini bertugas di Pejabat Agama Islam Gombak Timur).

Pada Januari 1992, Mahkamah telah mempunyai seorang Hakim yang dikhaskan bertugas di Mahkamah ini. Beliau ialah YA Tuan Hj. Shahri b. Hj. Ismail. Sebelum ini beliau merupakan salah seorang Kadi Litar negeri Selangor. Kakitangan sokongan Mahkamah pula bertambah seorang lagi iaitu seorang Pegawai Tadbir (Kesetiausahaan) atau Steno .

HAKIM-HAKIM YANG TELAH BERKHIDMAT DI MRS GOMBAK BARAT:
  1. Tuan Zainor Rashid bin Hassin (Ketua Pejabat)
  2. Tuan Saharuddin bin Selamat (Ketua Pejabat)
  3. Tuan Salehan bin Yatim (Ketua Pejabat)
  4. Tuan Shaiful Azli bin Jamaluddin (Ketua Pejabat)
  5. Tuan Kamarulzaman bin Ali (Ketua Pejabat)
  6. Tuan Mohd Faizal bin Habib (Ketua Pejabat/Hakim Dewan 1)
  7. Tuan Abdul Hadi bin Umar (Hakim Dewan 2)
Bangunan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat
Bangunan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat

Hubungi Kami

  • Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat
    Batu 17 ¾,
    48050 Kuang,
    Selangor
  • +(603) 60382833
  • +(603) 60381896
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (Kes Mal) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (Kes Jenayah)