Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat

Latar Belakang

Agama Islam di Selangor telah wujud pada kurun ke 15 melalui negeri Melaka kerana negeri Selangor pada ketika itu di bawah takluk negeri Melaka. Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud, Sultan Selangor ke-3 (1827-1857), di mana pada tahun 1884, Majlis Mesyuarat Negeri telah mengiktiraf jawatan Kadi dan Imam seterusnya mengambil keputusan untuk melantik seorang Kadi untuk menyelesaikan segala hukum-hakam Islam dan istiadat Melayu.

Mahkamah Syariah Negeri Selangor ditubuhkan berdasarkan kepada Seksyen 44(1) dan 44(2) Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Selangor (1952). Sejak ditubuhkan hingga September 1991, Mahkamah Syariah Negeri Selangor ditadbirkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mulai tahun 1900, jawatan Kadi diperluaskan ke daerah-daerah dalam negeri Selangor dan pada tahun 1922 setiap daerah ada Kadinya salah satunya termasuklah daerah Hulu Langat Mulai 01hb.

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat yang dahulunya dikenali sebagai Ulu Langat telah ditubuhkan dan dibina bersebelahan Pejabat Agama Islam Hulu Langat pada tahun 1980. Mahkamah ini dibina di Jalan Low Ti Kok bersebelahan Pejabat Agama Islam Hulu Langat dan berhampiran dengan Pekan Kajang.

Pada tahun 2015, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi bersebelahan Masjid al-Hasanah. Bangunan tersebut mempunyai 3 Dewan Bicara, 1 bilik Majlis Sulh dan Kaunter Perundangan. Oleh kerana, jajahan kawasan daerah Hulu Langat terlalu besar maka Mahkamah ini dipecahkan kepada dua (2) Mahkamah pada tahun 2014 dengan adanya penubuhan Mahkamah Rendah Syariah Ampang.

Hakim-Hakim yang pernah bertugas di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat adalah seperti berikut:
  1. Tuan Zakian bin Dio
  2. Tuan Nik Asrulnizam bin Mustapha
  3. Tuan Abdul Malek bin Soleh
  4. Tuan Atras bin Mat Zin
  5. Tuan Abdul Halim bin Abdullah
  6. Tuan Muhammad Nazri bin Basrawi
  7. Tuan Mohd Nahar bin Mohamad
  8. Tuan Mohd Khairi bin Kamis
  9. Tuan Che Abdullah bin Che Hassan
  10. Tuan Fariq Azaimi bin Apandi
  11. Tuan Abdul Fattah bin Dato’ Kamaruddin
  12. Tuan Faiz Afsal bin Dato’ Abu Bakar
  13. Tuan Abdul Majid bin Abdul Rahman
  14. Tuan Abdullah Zuhdee bin Ab Halim
  15. Tuan Faathir bin Md Tahir
Terkini Hakim-Hakim yang sedang berkhidmat di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat adalah:
  1. Tuan Umamuddin bin Yunus
  2. Tuan Wan Nuruldin bin Wan Hussain
  3. Tuan Mohd Syafiq bin Tan Sri Ibrahim
  4. Tuan Mohamad Yuszairi bin Mohamad Zam Zam

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat mempunyai kekuatan seramai 23 orang pegawai dan kakitangan yang terdiri daripada Hakim, Pegawai Sulh, Penolong Pendaftar Kanan, Penolong Pendaftar, Pembantu Syariah, Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir Kewangan, Pembantu Tadbir Operasi, Pembantu Operasi Pejabat, Penghantar Notis dan Pemandu Kenderaan.
Bangunan Lama Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat
Bangunan Baru Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat

Hubungi Kami

  • Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat
    Persiaran Kemajuan, Seksyen 9,
    43650 Bandar Baru Bangi,
    Selangor
  • +(603) 8912 5145
  • +(603) 89128169
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.