Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) - JAKESS
AKRAB adalah nama yang diberikan kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai pembimbing rakan sekerja. Akrab mula diperkenalkan melalui satu pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JPA melalui pekeliling bil :18/2005. Sejak dari tahun 2005 bebrapa agensi kerajaan serta badan berkanun telah menubuhkan unit AKRAB diorganisasi masing-masing, tidak terkecuali di JAKESS sendiri.
Di JAKESS, Akrab mula diperkenalkan pada 2007 selepas seramai 23 pegawai JAKESS ditauliahkan oleh pihak JPA. Mereka yang layak dilantik sebagai ahli AKRAB hendaklah mengikuti Program Peningkatan Kemahiran Asas Kaunseling yang ditetapkan oleh pihak JPA. Sehingga kini seramai 14 orang masih bertugas di JAKESS, manakala ahli yang lain telah bertukar ke agensi lain.
Sejak AKRAB diperkenalkan di JAKESS beberapa aktiviti telah dilaksanakan, antaranya mengadakan lawatan ke rumah perlindungan wanita Baitul Ehsan dan mengadakan sesi bimbingan samada secara individu mahupun kelompak.
Pada peringkat awal hanya kakitangan yang dirujuk pihak pengurusan sumber manusia sahaja yang diberi keutamaan. Manakala bagi ahli AKRAB sendiri kursus pasca AKRAB juga telah dianjurkan dan dihadiri samada di peringkat JAKESS atau peringkat SUK Negeri.
Sesungguhnya usaha membimbing dan membangunkan potensi modal insan merupakan satu usaha yang amat murni. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di agensi, semua pihak iaitu ketua jabatan, pegawai psikologi, pihak pengurusan sumber manusia dan ahli-ahli AKRAB perlu sentiasa bekerjasama antara satu sama lain.
A.K.R.A.B.
merupakan akronim kepada perkataan berikut yang menjadi teras nilai yang perlu ada kepada setiap seorang rakan pembimbing :
A : Amanah
K : Komitmen
R : Rasional
A : Akhlak
B : Bestari
Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.
- Melaksanakan aktiviti membimbing kepada warga organisasi;
- Membantu pegawai/kakitangan yang memerlukan bantuan dalam menghadapipermasalahan kehidupan;
- Bertindak sebagai pengantara antara pegawai/kakitangan dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
- Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB
- Membantu mengembang dan mengukuhkan budaya kerja cemerlang;
- Mengukuhkan nilai kendiri;
- Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja harmoni;
- Mewujudkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan masalah;
- Mewujudkan kaedah penyelesaian masalah secara dalaman;
- Mewujudkan kesepakatan di kalangan rakan sejawat; dan
- Mewujudkan kelompok sokongan kepada pegawai yang memerlukan bantuan
PENCAPAIAN AKRAB JAKESS
-
BIL AKTIVITI AGENSI 1 Anugerah APPC Tempat Pertama Peringkat Negeri Selangor -
BIL AKTIVITI AGENSI 1 Pentauliahan Ahli AKRAB Peringkat Negeri Selangor 2 Pentauliahan Jurulatih Utama Pementoran Peringkat Negeri Selangor 3 Lawatan Penanda Aras AKRAB PERDA, Pulau Pinang 4 Anugerah Tokoh AKRAB (Puan Siti Rashidah binti Sarkom) Peringkat Jabatan -
BIL AKTIVITI AGENSI 1 Lawatan Penanda Aras AKRAB JAIS 2 Anugerah AKRAB Dinamik Peringkat Negeri Selangor 3 Anugerah Penarafan Lima(5) Bintang Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi (SKPPsi) Peringkat Negeri Selangor 4 Anugerah Tokoh AKRAB (Tuan Faizarul Nizam bin Azhari) Peringkat Jabatan 5 Pentauliahan Ahli AKRAB Peringkat Negeri Selangor 6 Lawatan Penanda Aras AKRAB Jabatan Mufti Selangor
AHLI AKRAB JAKESS

Masnizar@Nizar bin Mokhtar

Salehan bin Haji Yatim

Mohd Hairuddin bin Ab Rahim

Muhammad Nazri bin Basrawi

Aris Fadhilah bin Ramli

Faizarul Nizam bin Azhari

Harun bin Hashim

Norliana binti Zaimon

Siti Rashidah binti Sarkom

Nasha bin Tarikat

Abdul Hadi bin Umar

Aminullah bin Bahrin

Rubiah binti Baharuddin

Mohamad Yuszairi bin Mohamad Zam Zam

Mohd Anas bin Kadir

Siti Rahmah binti Hussin

Masroha binti Duki

Zahrudin bin Mohamed Jawawi

Sri Kauthar binti Mohamad Banon

Salasiah binti Shamsuddin

Siti Kalthum binti Taib

Norsafia binti Shariff

Nor Khisamuddin bin Md Nor

Norsalwa binti Abdullah Thani

Mohd Soleh bin Bahari

Siti Aminah binti Hussin

Ramidah binti Abdul Hamid
CARTA ORGANISASI AKRAB JAKESS

PROGRAM / AKTIVITI AKRAB JAKESS
Bil | AKTIVITI AKRAB | TARIKH | TEMPAT |
---|---|---|---|
1 | Mesyuarat AKRAB Bil.1/2020 | 6.1.2020 3.7.2020 |
JAKESS |
2 | Mahabbah AKRAB Siri 3 (MRS Hulu Langat, K. Langat, Ampang, Gombak, Hulu Selangor, Sepang) | 14.2.2020 | JAKESS |
3 | Program Refresher Pementoran | 3 - 4 Sep 2020 | PDT Petaling |
4 | Ceramah Pengurusan Stress COVID-19 bersama Cgu Jinggo | 5.11.2020 | Aplikasi SKYPE |
5 | Sesi Bimbingan Kaunseling | Jan-Dis | JAKESS |
Bil | AKTIVITI PEMENTORAN | TARIKH | TEMPAT |
---|---|---|---|
1 | Mesyuarat JK Pementoran Bil.1/2020 | 7.1.2020 | JAKESS |
2 | Program TOT Pementoran JAKESS dan Watikah Mentor Menti | 24.2.2020 | Dewan Muktamar, JAKESS |
3 | Mesyuarat JK Pementoran Bil.2/2020 | 24.2.2020 | Dewan Muktamar, JAKESS |
4 | Bengkel Modul Pementoran | 21.8.2020 | JAKESS |
5 | Program Outdoor Pementoran | 17-18 Sep 2020 | PUSAT INFO JAKESS |
6 | Bengkel Penutup Pementoran | 18.9.2020 | PUSAT INFO JAKESS |