Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

KEMBARA AKRAB KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KAMPUNG SUNGAI MIAK, BENTONG

kembara mrsgb

Pada 26hb Oktober 2023 yang lalu Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan program CSR Kembara AKRAB ke Perkampungan Orang Asli Sungai Miak, Bentong, Pahang. Seramai 30 orang perserta, melibatkan sebanyak 30 buah motosikal telah menyertai program ini bagi menyantuni warga penduduk  Perkampungan Orang Asli Sungai Miak serta penyerahan beberapa barang keperluan harian. Tiga warga kakitangan Mahkamah Rendah Sayriah Gombak Barat (MRSGB) juga tidak melepaskan peluang menyertai program ini iaitu Tuan Mohd Faizal bin Habib, Tuan Norhazli bin Rahim dan Encik Yusri bin Baharum. Program ini bermula pada jam 8:00 pagi dengan bacaan doa oleh Yang Arif Tuan Salehan bin Hj Yatim, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, diikuti pelepasan perserta oleh Yang Amat Arif Dato' Haji Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor

berlepasboss tolongdepan org aslidpean jakesshazli tolongkembara akrab mrsgbkembara bosslemangorang aslishell
  • Hits: 905

NOTIS GANGGUAN TALIAN TELEFON MRS GOMBAK BARAT

mrsgblatarbelakang2

Adalah dimaklumkan bahawa talian telefon Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat iaitu 03-60382833 dan 03-60384895 sedang mengalami kerosakan dan masih di dalam tindakan pihak Telekom Malaysia (TM) dan Bahagian Pembangunan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Kami boleh di hubungi melalui  talian alternatif kami di 013-9782045 atau melalui emel di alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Kesulitan amat dikesali. Harap maklum dan terima kasih.
  • Hits: 766

NOTIS PENGOPERASIAN KAUNTER MRS GOMBAK BARAT

IMG 7753

Para pelanggan dan kakitangan warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor yang diormati seklian. Dimaklumkan bahawa pada 13hb September 2023 bersamaan hari Rabu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat akan mengalami pemberhentian/gangguan sementara bekalan elektrik bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melibatkan beberapa kawasan termasuk Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat. Oleh yang demikian kaunter Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hanya akan beroperasi pada 13hb September 2023 (Rabu) bermula jam 8:00 pagi sehingga 10:00 pagi sahaja. Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan. Sekian terima kasih
  • Hits: 1008