Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor

Latar Belakang

Pada awalnya, penubuhan Mahkamah Rendah Syariah adalah berdasarkan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam No. 2 Tahun 1989 (sekarang dipinda kepada Seksyen 55 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003) yang dikenali sebagai Mahkamah Qadhi.

Mahkamah Rendah Syariah ialah mahkamah yang ketiga mengikut susunan hierarki Mahkamah Syariah Selangor.Sebelum tahun 1991, ia di kenali sebagai Mahkamah Kadi Litar. Semua kes mula didengar dan dibicarakan di mahkamah ini. Mahkamah ini tiada kuasa mendengar kes rayuan. Mahkamah ini hanya mempunyai bidangkuasa yang terbatas mengikut bidangkuasa tempatan iaitu Plaintif atau Defendan yang tinggal atau di mana perlakuan jenayah dilakukan oleh orang yang tertuduh dalam perkara jenayah dan mal.

Pada tahun 1900, jawatan kadi mula diperluaskan ke daerah-daerah dalam negeri Selangor dan pada tahun 1922 tiap-tiap daerah ada kadinya masing-masing iaitu daerah Klang, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Ulu Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Kubu dan Rawang.

Pada hujung bulan 9 tahun 2002 Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor ditempatkan bersama Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam kerana Bangunan retak dan tidak selamat diduduki.Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengarahkan kakitangan dilokasi tersebut berpindah ke Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam untuk menjalani operasi sementara waktu.Dalam tempoh 2 bulan sahaja, operasi Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor berpindah semula ke Kuala selangor disebabkan mendapat banyak aduan dari Pelanggan kerana kesukaran mereka untuk berurusan.

Pada bulan 7 tahun 2010 Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor menjalani operasi sementara waktu di bangunan kedai dengan dibayar sewa oleh JAKESS.

Pada awal bulan 1 tahun 2012 Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor diarahkan berpindah ke Bangunan baru di Jalan Semarak, Bandar Baru, 45000 Kuala Selangor, Selangor sehingga kini.

SENARAI NAMA HAKIM YANG PERNAH BERTUGAS DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUALA SELANGOR.

1. AL MARHUM YA TUAN HJ BAJURI BIN HJ TOHA
2. AL MARHUM YAA DATO' TUAN HAJI MUKHYUDDIN BIN HJ IBRAHIM
3. YA TUAN ZAINOR RASHID BIN HASSIN
4. YA TUAN ZAKIAN BIN DIO
5. YA TUAN MOHD FAUZI BIN MOKHTAR
6. TUAN NIK ASRUL NIZAM BIN MUSTAPHA - 2002
7. TUAN KHAIRULANUAR BIN AHMAD - 2005
8. TUAN NORAFIZI FITRI BIN AB MANAF - 2010
9. TUAN AZMI BIN AZIZ - 2011
10. TUAN SHUKRAN BIN YUSOF- 2011
11. TUAN CHE ABDULLAH BIN CHE HASSAN - 2015
12. TUAN MASNIZAR @ MOHD NIZAR BIN MOHTAR 2016-2017
13. TUAN MOHD NAHAR BIN MOHAMAD 2018-2019
14. TUAN NURULAZHAR BIN MOHD TOHAR 2019 SEHINGGA KINI
Bangunan Lama Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor
Bangunan Baru Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor

Hubungi Kami

  • Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor
    Jalan Semarak Bandar Baru Kuala Selangor,
    45000 Kuala Selangor,
    Selangor
  • +(603) 3289 1900
    +(603) 3289 1899
  • +(603) 3289 1901
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.