Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam

Latar Belakang

Pada awalnya, penubuhan Mahkamah Rendah Syariah adalah berdasarkan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam No. 2 Tahun 1989 (sekarang dipinda kepada Seksyen 55 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003) yang dikenali sebagai Mahkamah Qadhi.

Mahkamah Rendah Syariah ialah mahkamah yang ketiga mengikut susunan hierarki Mahkamah Syariah Selangor.Sebelum tahun 1991, ia di kenali sebagai Mahkamah Kadi Litar.Semua kes mula didengar dan dibicarakan di mahkamah ini. Mahkamah ini tiada kuasa mendengar kes rayuan. Mahkamah ini hanya mempunyai bidangkuasa yang terbatas mengikut bidangkuasa tempatan iaitu Plaintif atau Defendan yang tinggal atau di mana perlakuan jenayah dilakukan oleh orang yang tertuduh dalam perkara jenayah dan mal.

Pada tahun 1900, jawatan kadi mula diperluaskan ke daerah-daerah dalam negeri Selangor dan pada tahun 1922 tiap-tiap daerah ada kadinya masing-masing iaitu daerah Klang, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Ulu Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Kubu dan Rawang.

Pada Tahun 2003, Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam berkongsi bangunan dengan Pejabat Agama Islam Kuala Selangor di Jalan Parit Satu Timur, Sabak Bernam sehingga Mac 2014.

Pada April Tahun 2014, Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam diarahkan berpindah ke Bangunan baru di Persiaran Permai 1, Kampung Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor sehingga kini.

SENARAI NAMA HAKIM YANG PERNAH BERTUGAS DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SABAK BERNAM
  1. YA TUAN HJ BAJURI BIN HJ TOHA
  2. YAA DATO’ TUAN HAJI MUKHYUDDIN BIN HJ IBRAHIM
  3. YA TUAN ZAINOR RASHID BIN HASSIN
  4. YA TUAN ZAKIAN BIN DIO
  5. YA TUAN MOHD FAUZI BIN MOKHTAR
  6. TUAN NIK ASRUL NIZAM BIN MUSTAPHA - 2002
  7. TUAN KHAIRULANUAR BIN AHMAD - 2005
  8. TUAN NORAFIZI FITRI BIN AB MMANAF - LAPOR DIRI PADA 04.01.2010
  9. TUAN AZMI BIN AZIZ - LAPOR DIRI PADA 15.01.2011
  10. TUAN SHUKRAN BIN YUSOF - LAPOR DIRI PADA 02.05.2011
  11. TUAN MUHAMMAD NAZRI BIN BASRAWI - LAPOR DIRI PADA 18.09.2012
  12. TUAN MOHD NAHAR BIN MOHAMAD - LAPOR DIRI PADA 07.01.2013
  13. TUAN MOHD HUSNI ZAIM BIN MOHD SAID - LAPOR DIRI PADA 18.09.2017
  14. PUAN SALMI AMALIA BINTI JAMIL - LAPOR DIRI PADA 18.08.2020 sehingga kini
Bangunan Lama Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam
Bangunan Baru Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam

Hubungi Kami

  • Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam
    Persiaran Permai 1, Jalan Sungai Limau,
    45300 Sungai Besar,
    Selangor
  • +(603) 3224 2462
    +(603) 3224 7016
  • +(603) 3224 1110