Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Lawatan Sambil Belajar ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

MRS Hulu Selangor

09 Februari 2024

364

8 Februari 2024 – MRS Hulu Selangor telah menerima lawatan sambil belajar dari Darul Quran seramai 30 orang pelajar dan seorang tenaga pengajar iaitu Ustaz Ahmad Fuat Bin Jamil, Pensyarah dari Bahagian Pengajian Am, Darul Quran. Rombongan telah disambut baik oleh Ketua Pejabat MRS Hulu Selangor Tuan Mohamed Hizwan Bin Mohamed Nor dan kakitangan mahkamah.

Sepanjang tempoh lawatan tersebut para pelajar telah didedahkan dengan prosiding kes sebutan dan perbicaraan dalam dewan mahkamah. Selain itu, turut diberikan sedikit taklimat ringkas oleh Ketua Pejabat mengenai bidangkuasa dan statistik kes di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor. Pelajar juga dibekalkan contoh-contoh fail kes dengan pemantauan kakitangan untuk tujuan kajian dan pembelajaran mereka. Semoga sesi lawatan ini memberikan manfaat yang baik dan para pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai Mahkamah Syariah di Selangor.