Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tahun 2024
26 April 2024 - Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor telah menerima kunjungan daripada Zon Firus (Mahkamah Rendah Syariah Klang) seramai enam orang bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diketuai oleh Puan Nadiah Binti Khamis, Hakim Syarie MRS Klang.
Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA sambil berkongsi pendapat dan pengalaman tentang amalan EKSA di pejabat masing-masing. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Mohamed Hizwan Bin Mohamed Nor dan seterusnya lawatan bagi melihat sendiri amalan EKSA di Jabatan tersebut.