Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 dan Jasamu Dikenang

MRS Hulu Selangor

16 Mei 2023

1282

 

 12 Mei 2023 -  Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 dan Jasamu Dikenang yang bertempat di Hotel Concorde. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan serta meraikan mereka yang telah bertungkus lumus dalam memberikan khidmat dan sumbangan  di Jakess. Di samping itu adalah untuk menghargai kakitangan yang akan bersara pada tahun 2023. Tahniah diucapkan kepada kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor yang telah mendapat anugerah iaitu Puan Siti Asmah Binti Mat Wasis (Petugas Kaunter Terbaik), Puan Norfazlin Asmira Binti Anuar Dzapri (Tokoh ICT) dan Puan Shahnorzalina Binti Mat Yusof (Anugerah Ketua Hakim Syarie). Puan Shahnorzalina kini telah bertugas di  Pejabat Daerah Hulu Selangor bermula pada bulan Disember 2022 yang lalu. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua penerima anugerah dan diharapkan anugerah seperti ini menjadi satu suntikan semangat kepada kakitangan lain untuk berusaha dalam meningkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan di Jakess.