Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur

Majlis Perpisahan Ketua Pejabat MRS Gombak Timur

MRS Gombak Timur

10 Mac 2023

1219

7 Mac 2023- Kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur telah mengadakan Majis Perpisahan bersama Ketua Pejabat MRS Gombak Timur iaitu Tuan Muhamad Hisyam Bin Zakaria bertempat di Richieamo Coffee Wangsa Maju  jam 1.00 tengahari hingga 2.00 petang. Tuan Muhamad Hisyam kini telah berpindah ke Jabatan Bantuan Guaman Selangor dan melapor diri di sana pada 15 Februari 2023. Kakitangan MRS Gombak Timur mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Muhamad Hisyam sepanjang tempoh beliau berkhidmat di lokasi ini bermula pada tahun 2020 yang lalu. Segala ilmu, nasihat, pengalaman dan teguran yang dikongsi bersama akan diingati selalu. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan ucapan dan penyampaian cenderahati sebagai penghargaan dan kenangan. Semua Kakitangan MRS Gombak Timur mengucapkan ribuan terima kasih dan Selamat Maju Jaya. 

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung, 

Hendak membeli tikarlah rotan,

Budi dikenang bakti disanjung,

Kekal subur dalam ingatan.