MESYUARAT PENYELARASAN PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID) HULU LANGAT BERSAMA MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
Bangi, 17 Mei 2024 – Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat telah menganjurkan mesyuarat dengan wakil-wakil dari Mahkamah Rendah Syariah Ampang dan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat. Mesyuarat ini bertujuan untuk penyelarasan proses kerja interagensi antara pejabat agama Islam dan mahkamah syariah yang melibatkan pendaftaran nikah, cerai dan rujuk dalam daerah Hulu Langat. Sehubungan dengan itu, beberapa perkara telah dipersetujui dalam memastikan arahan dan tindakan dalam proses kerja yang dijalankan adalah selaras. Mesyuarat bersurai pada jam 12.30 tengah hari.