Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Ampang

LAWATAN KERJA KETUA HAKIM SYARIE SELANGOR BAGI PEMERIKSAAN DALAMAN

MRS Ampang

16 Januari 2024

408

PANDAN INDAH, 15 Januari 2024 - YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor telah meluangkan masa melawat Mahkamah Rendah Syariah Ampang. Sepanjang lawatan kerja tersebut, YAA Dato' telah melihat sendiri keadaan lokasi ini di samping majlis beramah mesra dengan seluruh warga kerja MRS Ampang dan berkongsi buah fikiran, pengalaman serta nasihat.

Lokasi turut merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Ketua Hakim Syarie Selangor melapangkan masa dalam kunjungan pada kali ini. Semoga ini menambah semangat dan azam tahun baharu warga semua agar berkhidmat dengan lebih cemerlang.