Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Ampang

BACAAN UNDANG-UNDANG KALI KETIGA MAHKAMAH RENDAH SYARIAH AMPANG

MRS Ampang

14 Jun 2023

1628

MRS AMPANG, 9 Jun 2023 ─ Bacaan undang-undang siri ketiga bagi Mahkamah Rendah Syariah Ampang telah diadakan pada pagi hari ini buat kesekian kalinya. Perbincangan diteruskan lagi dengan membaca Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2023 (Pindaan 2022).

Perbincangan pada kali ini berkisar tentang pindaan seksyen 48 yang memansuhkan keperluan kaedah penyampaian ganti melalui penampalan di papan kenyataan mahkamah, dan memasukkan kaedah baru iaitu secara pos berdaftar. Selain itu, dibincangkan juga pindaan seksyen 100 iaitu berkenaan tatacara perekodan keterangan lisan dan bertulis beserta kaitan Arahan Amalan No. 3 Tahun 2019. Akhir sekali, turut dibahaskan sekali pindaan format MS 24 dalam permohonan untuk mendapatkan perintah supaya seorang yang dikurung, atau ditahan, atau dikomit dikemukakan di hadapan mahkamah yang boleh dibuat secara ex-parte di hadapan pendaftar.

Program pada hari ini ditutup dengan jamuan makan steamboat bersama-sama kesemua kakitangan mahkamah.