Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

WARGA HULU SELANGOR SERTAI SEMINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH SIRI 7

Admin-Haeida

03 November 2025

32

573095634 1389408769851251 9206366058217158872 n 572094651 1389408806517914 3130447621919632299 n

572135852 1389408896517905 9193879464313653135 n 572030587 1389408826517912 728886799174409705 n

 573048422 1389408809851247 5164575128360066635 n 572982360 1389408736517921 890512964200062470 n 

29 OKTOBER 2025, Kuala Kubu Bharu - Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 7 yang membawakan topik memahami dinamika Jenayah Syariah disertai hampir 350 orang peserta warga Hulu Selangor yang bertempat di Auditorium Haji Mansor, Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia disini, rabu lalu.

Seminar yang dirasmikan oleh YAD Senator Dato' Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ini merupakan anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.

Seminar siri ke 7 diisi dengan ceramah bertajuk Pengenalan Mahkamah Syariah Negeri Selangor yang disampaikan oleh Puan Marina bin Abdul Rahman, Pegawai Syariah JAKESS serta forum yang bertajuk Dari Mahkamah Ke Masyarakat: Memahami Dinamika Jenayah Syariah yang membariskan ahli panel berwibawa iaitu Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamaruddin selaku moderator, Tuan Mohd Hairuddin bin Ab Rahim, Tuan Mohd Nurulazhar bin Mohd Tohar dan Puan Sofian binti Ahmad, Ketua Pendakwa Syarie Selangor.

Peserta yang hadir terdiri daripada ketua-ketua kampung, imam dan AJK masjid, guru KAFA, pelajar IPT, penjawat awam daripada pelbagai agensi dan masyarakat awam di daerah Hulu Selangor.

JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung serta semoga semua pihak mendapat manfaat daripada seminar ini.