Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

PROGRAM OUTREACH SULH & HAKAM DEKATKAN MASYARAKAT DENGAN KAEDAH PENYELESAIAN SECARA DAMAI

Admin-Haeida

05 November 2025

25

574947770 1393139852811476 2505798133697116906 n 575107293 1393139872811474 9140023884504274346 n

574914703 1393140146144780 7431007811520733290 n 577147299 1393140232811438 1283308066753668630 n

577324411 1393140132811448 3790933705350029180 n 574559112 1393139902811471 4018137060927155770 n

                                             574392668 1393141019478026 2596780171481114017 n

3 November 2025, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menganjurkan program Outreach Sulh dan Hakam dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan penyertaan hampir 200 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat disini, semalam.

Program ini dirasmikan oleh YAA Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Hakim Syarie Selangor bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) yang turut berkesempatan beramah mesra bersama peserta dan reruai pameran disediakan sejurus selepas ucapan perasmian.

Program Outreach Sulh & Hakam membawakan 4 slot dalam aturcara program yang berlangsung seharian yang menyaksikan para peserta disajikan dengan pendedahan ilmu dalam pelbagai bentuk penyampaian agar objektif "Outreach" itu tercapai dengan jayanya.

Slot pertama dimulakan dengan penerangan As-Sulh Khair dan Hakam Satu Alternatif Penyelesaian Pantas Kes di Mahkamah Syariah yang disampaikan oleh Bahagian Penyelesaian Alternatif (ADR).

Slot kedua merupakan taklimat bertajuk Zakat & Jaminan Kebahagiaan Rumahtangga dibawakan oleh Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan, Divisyen Syariah dan Dakwah LZS.

Manakala slot ketiga adalah Forum Bicara Syariah yang membawakan topik Sulh & Hakam: Titik Damai Sebelum Bicara yang membariskan ahli panel berwibawa iaitu Prof. Madya Dr Hendun Binti Abd. Rahman, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Tuan Mohd Hairuddin bin Ab Rahim, Pegawai Syariah JAKESS dan Dr Zulzaidi bin Mahmood, Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

Mengakhiri program pada hari tersebut iaitu acara kemuncak merupakan slot keempat iaitu muhakat tahkim adaptasi daripada kisah sebenar yang menyaksikan lakonan atau simulasi dilangsungkan bagi tatapan dan kefahaman para peserta.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor merakamkan jutaan terima kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutamanya LZS, para penceramah dan panel, barisan urusetia juga kepada para peserta.