Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT PERINGKAT JABATAN  DENGAN TEMA "MEMBACA MENGGEMBIRAKAN, MEMBACA MEMBINA BANGSA"

PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT PERINGKAT JABATAN  DENGAN TEMA "MEMBACA MENGGEMBIRAKAN, MEMBACA MEMBINA BANGSA"

Admin-Haeida

24 April 2026

15

680053062 1540123198113140 9157941906131743824 n
Khamis, 23 April 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) melalui Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber (BPPS) telah menganjurkan Program Jom Membaca 10 Minit peringkat jabatan dengan tema “Membaca Menggembirakan, Membaca Membina Bangsa”. Program ini dianjurkan selaras dengan pelaksanaan program peringkat kebangsaan yang dijalankan secara serentak pada hari yang sama.

Program ini telah dilaksanakan secara hibrid melibatkan penyertaan kakitangan di Ibu Pejabat serta Mahkamah Rendah Syariah Daerah. Seramai 95 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini yang bertujuan memupuk amalan membaca dalam kalangan warga kerja JAKESS, di samping menerapkan nilai-nilai murni hasil daripada pembacaan.