Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

PERTANDINGAN INOVASI AGENSI AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR TAHUN 2023

Admin - Syafiq

01 November 2023

685

KIK JAEGERS 4


1 November 2023, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di bawah kumpulan KIK JAEGERS telah menyertai Pertandingan Inovasi Agensi Agama Islam Negeri Selangor Tahun 2023. Anugerah tempat pertama dimenangi oleh KIK HeBAT, tempat kedua oleh KIK Amil Dinamik dan ketiga KIK TexhXpert manakala KIK Jaegers mendapat hadiah saguhati bernilai RM1000. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertempat di Shah Alam Convention Centre Shah Alam. KIK Jaegers menyertai pertandingan ini dengan mempersembahkan projek inovasi 'E-Naf' yang juga telah meraih tempat pertama dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 2023 Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Penciptaan) baru-baru ini. Pertandingan ini merupakan anjuran MAIS dimana penyertaan oleh 6 Kumpulan Inovatif dan Kreatif yang mewakili MAIS (KIK HeBAT & KIK TexhXpert), JAKESS (KIK Jaegers), Jabatan Mufti Negeri Selangor (KIK Mahir), Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Selangor (KIK De Novo) dan Lembaga Zakat Selangor (KIK Amil Dinamik). Tahniah dan syabas diucapkan kesemua pemenang serta diatas usaha KIK Jaegers serta warga kerja JAKESS yang terlibat dalam penyertaan pertandingan ini.