Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • Perhimpunan Jabatan Bil. 4 Tahun 2023, Sambutan Hari Integriti & Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Perhimpunan Jabatan Bil. 4 Tahun 2023, Sambutan Hari Integriti & Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Admin - Syafiq

10 November 2023

1754

Perhimpunan Bulanan Bil 4 2


Perhimpunan Bulanan Bil 4 3

Perhimpunan Bulanan Bil 4 4

10 November 2023, Dewan Muktamar Aras 2, JAKESS - Sekitar Perhimpunan Jabatan Bil. 4 Tahun 2023, Sambutan Hari Integriti & Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang berlangsung di Dewan Muktamar. Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor yang menekankan aspek kepentingan menjaga integriti dalam tugas serta turut menggalakkan warga JAKESS agar terus berinovasi dalam tugasan harian. Majlis juga menyaksikan YAA Dato’ memimpin bacaan Ikrar Integriti seterusnya nyanyian lagu Integriti dan tayangan video disediakan oleh Unit Integriti JAKESS. Seterusnya warga JAKESS disajikan dengan Forum Inovasi bertajuk Pembudayaan Inovasi Dalam Sektor Awam: Cabaran & Kejayaan yang dipimpin oleh ketua Bahagian Latihan, Inovasi & Transformasi selaku moderator bersama 2 ahli panel, Encik Syamsul Khoir bin Md Ridzuan, Penolong Setiausaha Bahagian Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Encik Mohammad Fareez bin Normanshah, Pegawai Tadbir, Jabatan Korporat dan Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Julai hingga September 2023, penyampaian penghargaan Atlit JAKESS serta pengumuman pemenang Kuiz Maulidur Rasul. Pada acara kemuncak, Badan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Syariah Selangor (BAKEMAS) telah mengadakan sesi Soladariti Palestin dimana YAA Dato’ juga telah melancarkan Tabung Kutipan Derma buat rakyat Palestin. Semoga program pada hari ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.