Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2023, JASAMU DIKENANG

Admin-Haeida

07 Mei 2024

137

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Jasamu Dikenang 2   Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Jasamu Dikenang 7 

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Jasamu Dikenang 1  Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Jasamu Dikenang 4

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Jasamu Dikenang 19  Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Jasamu Dikenang 6

3 Mei 2024, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023, Jasamu Dikenang pada Jumaat bertempat di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam.

Majlis gilang gemilang ini dimeriahkan dengan kehadiran YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) diiringi YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor, Ketua Pendaftar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis serta Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Majlis dimulakan dengan sesi fotografi penerima anugerah bersama dif-dif kehormat seterusnya ucapan aluan oleh YAA Ketua Hakim Syarie dan ucapan perasmian oleh YAD Tan Sri Dato Seri Pengerusi MAIS sebelum sesi gimik sebagai tanda perasmian majlis.

Antara intipati ucapan YAD Tan Sri Dato' Seri Pengerusi MAIS adalah beliau menyeru agar pegawai-pegawai JAKESS sentiasa berganding bahu dalam menjalankan tugasan dan dan tanggungjawab masing-masing serta bersama-sama dalam melaksanakan fungsi mengikut tahap dan kemampuan individu.

YAD Tan Sri Dato' Seri Pengerusi MAIS juga mengingatkan bahawa JAKESS memainkan peranan penting dalam menjayakan Pelan Strategik MAIS 2020-2024 bagi memperkasakan perundangan dan penguatkuasaan melalui 2 strategi yang telah digariskan.

Majlis ditutup dengan jamuan dan sesi ramah mesra YAA Ketua Hakim Syarie bersama warga Jabatan sebelum majlis bersurai.

Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima anugerah serta penghargaan kepada urusetia majlis yang bertungkus lumus menjayakan majlis pada tahun ini.