Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

MAJLIS PERISYTIHARAN DAN PENTAULIAHAN PEGUAM SYARIE NEGERI SELANGOR 2023

Admin-Haeida

09 Februari 2024

714

 57 PEGUAM SYARIE NEGERI SELANGOR TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN 2  57 PEGUAM SYARIE NEGERI SELANGOR TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN 3

57 PEGUAM SYARIE NEGERI SELANGOR TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN 6  57 PEGUAM SYARIE NEGERI SELANGOR TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN 4

                                                  57 PEGUAM SYARIE NEGERI SELANGOR TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN
                                    
57 PEGUAM SYARIE NEGERI SELANGOR TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN

Shah Alam, 8 Februari 2024 – Seramai 57 orang peguam syarie yang baharu dilantik hari ini menerima sijil pentauliahan dalam Majlis Perisytiharan Dan Pentauliahan Peguam Syarie yang diadakan di Dewan Muktamar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Majlis disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Dalam ucapan Beliau, Tan Sri Dato' Seri berkata pentauliahan ini lambang kesediaan peguam syarie dalam membantu masyarakat Islam negeri ini termasuk institusi kehakiman syariah.

Beliau menambah MAIS dan JAKESS menjunjung amanah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam memastikan hal ehwal agama dan kedaulatan undang-undang syariah terus terpelihara.

Sementara itu, YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain Ketua Hakim Syarie Selangor dalam ucapan aluan beliau berharap agar semua peguam syarie sentiasa cuba untuk memberi nasihat yang terbaik kepada anakguam masing-masing agar dapat menyelesaikan kes yang difailkan melalui Sulh atau persetujuan bersama.

Dengan cara ini, lebih banyak kes dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan sekali gus akan mengelakkan berlakunya peningkatan tunggakan kes pada setiap tahun.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Arif Dato' Haji Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, Tuan Haji Zainor Rashid Bin Hassin, Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor, Puan Nenney Shuhaidah Binti Shamsudin, Ketua Pendaftar JAKESS, Tuan Musa Bin Awang Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Tuan Hairunnajmi bin Hj. Najmuddin, Pengerusi PGSM Cawangan Negeri Selangor, Tuan Che Saupi Bin Che Husin, Penolong Penasihat Undang-Undang Syariah Negeri Selangor, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, EXCO PGSM serta peguam-peguam syarie.

Semoga segala usaha mendapat keberkatan dan ucapan tahniah buat kesemua 57 peguam syarie negeri Selangor yang terlibat dalam majlis pada hari ini.