Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

Majlis Amanat Ketua Hakim Syarie dan Perhimpunan Jabatan Bil. 1 Tahun 2023

Admin - Shafarina

23 Februari 2023

1917

Sekitar Majlis Amanat Ketua Hakim Syarie dan Perhimpunan Jabatan Bil. 1 Tahun 2023 Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang berlangsung di Dewan Muktamar pada hari ini. Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar penjawat awam negeri Selangor dan Amanat tahun baru oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor. Majlis juga menyaksikan penyampaian anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Januari hingga Disember 2022 dan anugerah penghargaan lokasi Mematuhi Etika Berpakaian serta penghargaan Lokasi Mematuhi Larangan Merokok bagi tahun 2022. Warga JAKESS juga disajikan dengan Seminar Pengurusan Tekanan Di Tempat Kerja (Vertikal dan Horizontal) (Majikan dan Pelanggan) disampaikan oleh YBhg. Dr Ab Rahman bin Ibrahim, Accredited Trainer. Semoga program pada hari ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi. #jakess #syariahasaskeadilan #kitaselangor