Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • LAWATAN PENANDA ARAS AKRAB JPSS KE JAKESS BAGI PERKONGSIAN STRATEGI PEMBANGUNAN PEKERJA CEMERLANG MELALUI AKRAB

LAWATAN PENANDA ARAS AKRAB JPSS KE JAKESS BAGI PERKONGSIAN STRATEGI PEMBANGUNAN PEKERJA CEMERLANG MELALUI AKRAB

Admin-Haeida

02 Mei 2025

40

494574563 1228419615950168 1978874035611573065 n 494449060 1228419679283495 2558856717697017456 n 

494730687 1228419512616845 3364696704080476677 n 494542306 1228419692616827 2589931607454861239 n

495122050 1228419695950160 1970943183714429945 n
29 April 2025, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima kunjungan dari Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) seramai 14 orang bersempena Lawatan Penanda Aras Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) yang diketuai oleh Puan Sofian Binti Ahmad selaku Penasihat AKRAB JPSS pada Selasa.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk menyambung silaturrahim di antara peserta lawatan dengan kakitangan JAKESS khususnya ahli AKRAB JAKESS dan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan sesi Kaunseling dijalankan disamping berkongsi maklumat mengenai aktiviti AKRAB dan Pementoran di JAKESS.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh TuanSalehan Bin Yatim selaku Pengerusi AKRAB JAKESS dan ucapan balas dari Puan Sofian binti Ahmad.

Perkongsian info AKRAB JAKESS telah disampaikan oleh Tuan Faizarul Nizam bin Azhari seterusnya sesi dialog dan soal jawab dan diakhiri dengan tayangan video aktiviti AKRAB dan Pementoran yang pernah dijalankan.

Turut bersama dalam program ini adalah ahli-ahli AKRAB JAKESS yang turut sama menyantuni ahli lawatan dan berkongsi pengalaman. Semoga segala usaha kita diberkati Allah SWT.