Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • LAWATAN KERJA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KE KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA AYER KEROH

LAWATAN KERJA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KE KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA AYER KEROH

Admin-Haeida

31 Januari 2024

627

LAWATAN KERJA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KE KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA AYER KEROH   LAWATAN KERJA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KE KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA AYER KEROH 3

LAWATAN KERJA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KE KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA AYER KEROH 6  LAWATAN KERJA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KE KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA AYER KEROH 5
                           
29 Januari, Ayer Keroh - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah melaksanakan lawatan kerja ke Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka Ayer Keroh bagi sesi perbincangan dan lawatan berkenaan pewartaan lokap di bangunan mahkamah syariah Melaka.

Delegasi daripada JAKESS diketuai oleh YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor serta turut hadir Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Pendaftar dan pegawai-pegawai JAKESS.

Lawatan ini dilaksanakan bagi mengadakan sesi perbincangan dan soal jawab serta berkenaan pengurusan dan perlaksanaan gerak kerja bagi pewartaan lokap di bangunan mahkamah syariah.

Delegasi JAKESS juga diberi peluang melawat dan melihat sendiri lokap di bangunan ini yang telah memenuhi spesifikasi dan telah diwartakan sejak 2015.

JAKESS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Mahkamah Negeri Melaka diketuai Datuk Mohd Nazri Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka dan para pegawai diatas kesudian menerima lawatan kerja jabatan ini.

Semoga segala usaha kita diberkati Allah SWT.