Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

KURSUS PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN DAN ADUAN SERTA MAKLUM BALAS PELANGGAN

Admin-Haeida

16 Mei 2024

328

KURSUS PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN DAN ADUAN SERTA MAKLUM BALAS PELANGGAN

KUALA KUBU BHARU: 'Komunikasi dengan Alam' telah menjadi salah satu pengisian dalam Kursus Pengurusan Khidmat Pelanggan dan Aduan serta Maklum Balas Pelanggan, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Program yang telah bermula pada 15hb. hingga 16hb. Mei, 2024 bertempat di Sri Damai Resort, Kalumpang telah dihadiri seramai 30 orang peserta dalam kalangan Petugas Khidmat Pelanggan JAKESS dari pelbagai lokasi Mahkamah Syariah di negeri Selangor.

YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie, dalam ucapan amanatnya semasa program tersebut berlangsung menyatakan agar setiap petugas kaunter khidmat pelanggan JAKESS menunjukkan akhlak terpuji dalam melayani pelanggan yang datang berurusan.

Pengisian bagi program ini juga turut dibantu oleh Fasilitator daripada AKRAB JAKESS iaitu Puan Norliana binti Zaimon, Tuan Faizarul Nizam bin Azhari dan juga Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin.