Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

Kursus Asas Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga (BSK) Tahun 2023

Admin - Syafiq

17 Oktober 2023

1675

WhatsApp Image 2023 10 17 at 12.38.29 PMWhatsApp Image 2023 10 17 at 12.38.32 PM

majlis sulh

  
SHAH ALAM, 3-5 OKTOBER— Seramai 48 Ketua-ketua Kampung dari seluruh daerah di Negeri Selangor telah terpilih mengikuti dengan jayanya Kursus Asas Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga (BSK) Tahun 2023 yang diadakan di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dengan kerjasama Seksyen Sektoral, UPEN ini telah dirasmikan oleh Datuk Haji Rizam bin Haji Ismail, Exco Perpaduan Desa, Perpaduan dan Pengguna. Hadir bersama YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie dalam majlis perasmian tersebut. Program kursus melibatkan masyarakat selama 3 hari 2 malam ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada peserta dan masing-masing berharap program sedemikian diteruskan lagi pada masa hadapan. Selain pendedahan ilmu dan kemahiran teknik Sulh-Mediasi, isu berkaitan keganasan rumah tangga, pendekatan kaunseling dan psikologi dalam menangani krisis pertikaian, penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah BSK, pemahaman undang-undang Syariah turut disertakan sebagai pengisian program. Apa yang menarik, peserta turut diberi pengalaman mengenai simulasi sulh sebenar yang dijalankan di Mahkamah Syariah dan menjalani 3 sesi latihan roleplay Sulh dengan bimbingan fasilitator.  Berdasarkan fakta dan statistik penyelesaian kes, peranan Sulh sebenarnya berjaya mengurangkan kes-kes perbicaraan melibatkan pertikaian tuntutan di Mahkamah Syariah. Program seperti ini telah memberdayakan semula peranan ketua-ketua kampung seperti yang telah dilaksanakan suatu ketika dahulu. Program yang. diurus setiakan oleh Bahagian Penyelesaian Alternatif (ADR),JAKESS berakhir dengan ucapan majlis penutup oleh Pn Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin yang berharap para peserta dapat menyertai program profesional “advance Sulh” sekiranya berpeluang.