Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

KUNJUNGAN HORMAT JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE SELANGOR KE JAKESS

Admin-Haeida

07 Mei 2026

59

688274961 1551060577019402 6855070205304746022 n 689851482 1551060467019413 2605309422050029332 n

690648596 1551060540352739 3632755792591292041 n 690630652 1551060380352755 1880522787403024041 n

                                       689500106 1551060537019406 1329129173890946861 n

6 Mei 2026, Shah Alam – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Peguam Syarie Selangor bertujuan untuk mengukuhkan hubungan strategik antara JAKESS dan komuniti Peguam Syarie Selangor, di samping membincangkan isu-isu berkepentingan bersama berkaitan pentadbiran serta pengendalian kes-kes di Mahkamah Syariah Negeri Selangor.

Turut disentuh adalah usaha mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan, penambahbaikan prosedur kerja, serta pengukuhan kerjasama dua hala demi manfaat para pelanggan dan pihak berkepentingan.

Delegasi Jawatankuasa Peguam Syarie Selangor diketuai Puan Nurul Muhaniza telah disambut baik oleh YAA Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Hakim Syarie Selangor, yang menzahirkan penghargaan atas inisiatif kunjungan tersebut.

JAKESS amat menghargai kunjungan ini dan berharap agar jalinan kerjasama yang terjalin dapat diperkukuhkan dari semasa ke semasa demi memastikan penyampaian keadilan yang lebih efisien, telus dan berkesan kepada masyarakat.