Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

KUNJUNGAN HORMAT AMANAH RAYA BERHAD KE JAKESS

Admin-Haeida

15 Jun 2026

23

 

 

 

12 Jun 2026, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Amanah Raya Berhad (ARB) yang diketuai oleh Dato’ Muhamad Abdul Karim bin Wahab, Ahli Majlis Pengawasan Syariah Amanah Raya Berhad (ARB).

Ketibaan delegasi ARB telah disambut oleh YAA Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Hakim Syarie Selangor, bersama pegawai-pegawai kanan JAKESS.

Sesi perbincangan memberi fokus kepada Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532), khususnya peranan Amanah Raya Berhad dalam pengurusan amanah, wasiat dan pentadbiran pusaka serta hubung kaitnya dengan fungsi Mahkamah Syariah dalam urusan berkaitan faraid dan pentadbiran harta pusaka orang Islam.

Kunjungan ini turut menjadi platform bagi bertukar pandangan dalam memperkukuh tadbir urus pengurusan pusaka dan perancangan harta umat Islam secara lebih cekap, sistematik dan selaras dengan kehendak Syariah.

Semoga hubungan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua institusi ini dapat terus diperkasakan demi memberikan manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam aspek pengurusan dan pentadbiran harta pusaka umat Islam.