Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

KOMITMEN BERTERUSAN JAKESS MELALUI MKSP BAGI TAHUN 2025

Admin-Haeida

19 Februari 2026

479

634138489 1482199930572134 4983996542620484762 n 634194802 1482199927238801 4214842919145275333 n

636859862 1482199963905464 229802075496278284 n 637036539 1482199987238795 2896760764952739137 n

                                634820868 1482199507238843 1872643066288718861 n 1

10-13 Februari 2026, Cameron Highland – Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bagi tahun 2025 telah berjaya diadakan pada 10 hingga 13 Februari 2026 bertempat di Hotel Copthorne, Cameron Highland.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAA Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Hakim Syarie Selangor dan disertai seramai 43 orang pegawai serta kakitangan jabatan yang terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Ketua Pendaftar, Ketua-Ketua Pejabat, Ketua-Ketua Bahagian, Unit dan Seksyen serta Penolong-Penolong Pendaftar.

MKSP merupakan mesyuarat tahunan strategik yang diadakan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti jabatan, meneliti pencapaian objektif kualiti, serta mengenal pasti ruang penambahbaikan secara menyeluruh selaras dengan keperluan standard pensijilan yang ditetapkan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Mesyuarat ini turut memberi penekanan kepada pemerkasaan tadbir urus, pemantapan prosedur kerja, pengurusan risiko serta peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan kehakiman Syariah.
Sepanjang sesi perbincangan, pelbagai cadangan penambahbaikan telah dikemukakan secara konstruktif dan berfokus kepada usaha memperkukuh integriti, perkhidmatan serta profesionalisme warga kerja JAKESS.

Komitmen padu yang ditunjukkan oleh semua peserta mencerminkan kesungguhan jabatan dalam memastikan standard perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik demi memenuhi keperluan dan ekspektasi pelanggan serta pihak berkepentingan.

Selain itu, jabatan ini juga turut mengadakan Program High Impact Leader yang memberi penekanan kepada pembangunan ciri-ciri kepimpinan berprestasi tinggi, keupayaan membuat keputusan secara berimpak, pengurusan perubahan organisasi serta pembudayaan kerja berpasukan yang efektif.

Adalah diharapkan segala keputusan, resolusi dan pelan tindakan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan secara sistematik dan berimpak tinggi, seterusnya mempertingkatkan kecemerlangan organisasi serta memartabatkan sistem kehakiman Syariah di Negeri Selangor.