Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

JAKESS TERIMA SIJIL KEAKTIFAN MBJ TAHUN 2022

Admin - Shafarina

04 Julai 2023

1604

Shah Alam, 4 Julai 2023 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pagi ini telah menerima sijil pengiktirafan selepas berjaya melaksanakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) tiga (3) kali setahun mengikut tempoh bagi tahun 2022. Pengiktirafan itu disampaikan oleh YB Dato' Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Selangor dalam Konvensyen Majlis Bersama Jabatan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2023 bertempat di Bankuet Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.
 
JAKESS merupakan antara 27 jabatan/agensi seluruh negeri Selangor yang menerima sijil dalam majlis tersebut yang turut mengadakan taklimat dan perkongsian dasar perlaksanaan dan panduan penggunaan submodal MBJ HRMIS oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
 
JAKESS mengucapkan tahniah buat seluruh warga kerja atas kerjasama dan usaha sekaligus meraih pengiktirafan ini.
 
#jakess
#syariahasaskeadilan