Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

JAKESS TERIMA PENGIKTIRAFAN DIAMOND BANDAR RENDAH KARBON 2023

Admin-Haeida

09 Februari 2024

600

JAKESS TERIMA PENGIKTIRAFAN DIAMOND BANDAR RENDAH KARBON 2023   JAKESS TERIMA PENGIKTIRAFAN DIAMOND BANDAR RENDAH KARBON 2023 1

                                             JAKESS TERIMA PENGIKTIRAFAN DIAMOND BANDAR RENDAH KARBON 2023 2
                                                   
7 Febuari 2024, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima Pengiktirafan DIAMOND selaku Rakan Kongsi Rendah Karbon dalam Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2023.

Pengiktirafan dianugerahkan keatas Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang telah berjaya mengurangkan pelepasan Gas Rumah Kaca sebanyak 14.51 peratus sejak tahun 2017 bersamaan dengan 104.97 tCO2eq.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Hadir bagi menerima anugerah iaitu Ts. Muhammad Ariff bin Mustapha, Ketua Bahagian Pembangunan JAKESS.

Sebagai rekod Jabatan ini telah menerima anugerah 3 Diamond pada tahun 2023 meningkat berbanding tahun 2022 iaitu hanya 2 Diamond.

Jabatan ini berbesar hati menerima pengiktirafan ini sebagai salah satu usaha jabatan dalam penjagaan alam sekitar khususnya di negeri Selangor. Jabatan juga mengucapkan tahniah kepada warga JAKESS yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam kejayaan JAKESS menerima pengiktirafan ini.