Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

JAKESS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KAGAT, JALIN KERJASAMA DUA HALA

Admin - Shafarina

14 Jun 2023

1684

Shah Alam, 13 Jun 2023 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima kunjungan hormat daripada KOR Agama Angkatan Tentera (KAGAT) bertempat di Ibu Pejabat JAKESS pada selesa baru-baru ini. Kunjungan diketuai oleh Brigedier Jeneral Zainal Abidin bin Mohamed Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT diiringi Mejar Mohd Khairil bin Mazlan Pegawai Undang-Undang KAGAT.
 
Menyambut kunjungan ini, diketuai YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor diiringi YA Tuan Salehan bin Yatim, Ketua Pendaftar dan Tuan Fairus bin Jaafar, Ketua Bahagian Penyelesaian Alternatif. Antara isu yang dibincangkan adalah berkenaan Sulh, Hakam selain usaha dan kerjasama menganjurkan program-program yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua belah pihak.
 
Jabatan mengucapkan terima kasih atas kunjungan daripada KAGAT dan semoga perbincangan serta usaha ini mendapat keredhaan Allah SWT serta mencapai objektifnya.
 
#jakess
#syariahasaskeadilan
#kitaselangor