Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

JAKESS MENGEKALKAN TEMPAT PERTAMA APPC BAGI 4 PENILAIAN BERTURUT-TURUT

Admin - Shafarina

23 Jun 2023

1866

Shah Alam, 23 Jun 2023 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) meraih pencapaian membanggakan apabila mengekalkan tempat pertama dalam Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2023 bagi 4 penilaian berturut-turut (2015, 2018, 2020 dan 2023).
 
Anugerah diterima oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor pada majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam & Pemimpin Masyarakat Negeri Selangor yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor pada Jumaat minggu lalu.
Selaku pemenang, JAKESS membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000.00, trofi berserta sijil.
 
Jabatan ini mengucapkan syabas dan terima kasih buat seluruh warga kerja JAKESS diatas usaha dan komitmen dalam perlaksanaan pengurusan pejabat dan pentadbiran yang cemerlang sekaligus mencapai anugerah berprestij ini.
 
 
 
 
 
 
May be an image of 10 people, dais and text that says "PERHIMPUNAN BULANAN PENJAWAT AWAM PEMIMPIN MASYARAKAT YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR JUMAAT MALAYSIA MADANI #Kita Selang BE"May be an image of 3 people and daisMay be an image of 1 person, studying and dais