Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

JAKESS MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE IPK SELANGOR

Admin-Haeida

10 September 2026

38



                       

                       

                      

9 September 2026, Shah Alam — Jabatan Kehakiman Syariah Selangor diketuai YAA Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Hakim Syarie Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang disambut oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Pahlawan Shazeli bin Dato’ Kahar.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor dalam aspek keselamatan dan penguatkuasaan.

Antara perkara yang dibincangkan ialah:

Penambahan keanggotaan Polis Bantuan Lelaki dan Wanita di JAKESS; Pengukuhan kawalan keselamatan hakim, pegawai, saksi dan orang awam bagi prosiding kes berprofil tinggi; Penerokaan kerjasama latihan serta perkongsian kepakaran dalam bidang keselamatan, pengurusan krisis dan pematuhan undang-undang.

Turut hadir ialah barisan pengurusan tertinggi PDRM Selangor serta delegasi JAKESS.

Semoga jalinan kerjasama ini terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah yang lebih cekap, selamat dan berintegriti.