Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

JAKESS KUNJUNGI MENTERI AGAMA

Admin - Shafarina

02 Jun 2023

1851

1 Jun 2023 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) semalam telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr Hj Mohd Na'im Mokhtar.
 
 
Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan hala tuju dan gerak kerja dalam memantapkan lagi institusi kehakiman syariah di negeri Selangor selaras dengan Visi JAKESS iaitu "Menjadi Institusi Kehakiman Syariah terunggul di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, adil dan efisien".
Selain itu, JAKESS turut menyatakan kesediaan bekerjasama dalam menjayakan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Al-Falah) yang diperkenalkan oleh YB Menteri Agama.
 
Kunjungan hormat ini dihadiri oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor, YA Tuan Salehan bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS, Puan Marina binti Abdul Rahman, Timb. Ketua Pendaftar JAKESS, Puan Lidyawati binti Salehhudin, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan JAKESS dan Encik Ahmad Hanis bin Ahmad Nafri, Pegawai Penerangan, Unit Komunikasi Korporat JAKESS.
 
JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Menteri Agama atas kesudian menerima kunjungan JAKESS dan semoga perjumpaan ini mendapat keredhaan Allah SWT dan mencapai objektifnya.