Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

MESYUARAT KHAS KEY FOCUS ACTIVITY MAHKAMAH RENDAH SYARIAH AMPANG

MRS Ampang

14 Jun 2023

1271

MRS AMPANG, 17 Mei 2023 ─ Satu mesyuarat khas (Key Focus Activity) telah diadakan pada petang hari ini bagi membincangkan projek peningkatan kecekapan khidmat pengurusan pelanggan di kaunter pendaftaran Mahkamah Rendah Syariah Ampang.

Satu jawatankuasa kumpulan KFA ini telah diwujudkan terdiri daripada pelbagai kategori jawatan dari mahkamah ini, khususnya petugas kaunter. Kumpulan ini turut dianggotai oleh pasukan EKSA Zon Coral. Skop projek ini merangkumi semua proses panggilan sistem giliran, pengurusan dan sebutan kes di hadapan pendaftar, proses majlis sulh dan urusan perkhidmatan pembayaran fi serta denda di hadapan juruwang mahkamah. Semua keputusan kumpulan KFA ini dianggarkan pelaksanaannya berkuatkuasa 1 September 2023.