Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • MUZAKARAH HAKIM SYARIE DAN ANGGOTA PANEL HAKAM NEGERI SELANGOR TAHUN 2025 BILANGAN KE-8 DAN MAJLIS ANUGERAH PANEL HAKAM CEMERLANG (APHC) 2024

MUZAKARAH HAKIM SYARIE DAN ANGGOTA PANEL HAKAM NEGERI SELANGOR TAHUN 2025 BILANGAN KE-8 DAN MAJLIS ANUGERAH PANEL HAKAM CEMERLANG (APHC) 2024

Admin-Haeida

24 November 2025

63

586413132 1408698577922270 3732856098287394676 n 585948243 1408698571255604 886530154684153947 n
    
586523133 1408698354588959 5256764351839506262 n 586199246 1408698431255618 6974626207998613571 n 
  
585387765 1408698587922269 5284991230542211211 n 585692873 1408698384588956 6874909374960839883 n

20 November 2025, Kajang – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) melalui Bahagian Penyelesaian Alternatif hari ini telah melaksanakan Muzakarah Hakim Syarie Dan Anggota Panel Hakam Negeri Selangor Tahun 2025 Bilangan Ke-8 dan Majlis Anugerah Panel Hakam Cemerlang (APHC) 2024.

Muzakarah ini telah dipengerusikan oleh Yang Amat Arif Puan Nenney Shuhaidah Binti Shamsuddin, Ketua Hakim Syarie Selangor dan turut dihadiri oleh Ketua Pendaftar, Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah serta Anggota-anggota Panel Hakam.

Objektif utama Muzakarah ini adalah untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit dari sudut perundangan dan Hukum Syarak serta tadbir urus antara hakim-hakim Syarie dan anggota-anggota Panel Hakam sepanjang pengendalian kes Hakam di Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Selain itu, penganjuran Majlis APHC 2024 ini pula bertujuan untuk memberi penghargaan kepada anggota-anggota Panel Hakam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam melaksanakan perkhidmatannya.

Jabatan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada anggota-anggota Panel Hakam yang menerima anugerah tersebut dan sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi JAKESS, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan semua urus setia yang bersama-sama menjayakan program ini.