Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

OUTREACH SULH BAWA KETERUJAAN ILMU SULH KEPADA PELAJAR UIS

Admin-Haeida

04 September 2026

62



                       

                       

                       

                                                     

3 September 2026, Kajang — Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Universiti Islam Selangor (UIS) telah menganjurkan Program Outreach Sulh Negeri Selangor 2026 di Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar, UIS.

Program ini menghimpunkan pegawai kehakiman syariah, warga akademik, pengamal undang-undang, serta pelajar bagi memperluaskan kefahaman mengenai Sulh sebagai mekanisme penyelesaian pertikaian secara damai dalam Sistem Kehakiman Syariah Selangor.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pendaftar JAKESS dan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang UIS, seterusnya disempurnakan menerusi ucapan perasmian oleh Ketua Jabatan Pengurusan Sosial dan Kebajikan LZS, disusuli penyampaian cenderahati serta sesi bergambar.

Program diteruskan dengan Slot Ceramah "Pengenalan Sulh dalam Sistem Kehakiman Syariah" oleh Tuan Umamuddin bin Yunus (Pegawai Syariah JAKESS) yang memberikan pendedahan mengenai konsep Sulh tanpa perbicaraan panjang. Acara disusuli Slot Forum "Sulh Sebagai Mekanisme Penyelesaian Pertikaian yang Efektif" menampilkan Dr. Azizah binti Mohd Rapini (UIS) dan Dr. Zulzaidi bin Mahmod (JKSNS) bawah kendalian Tuan Muhamad Hafiz bin Moksin. Kemuncak program diisi dengan Simulasi Sulh oleh Pegawai-Pegawai Sulh JAKESS bagi memberi pendedahan secara langsung mengenai tatacara dan teknik komunikasi dalam mencapai persetujuan harmoni.

Penganjuran ini mencerminkan komitmen JAKESS dalam memperkasa literasi masyarakat serta memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi demi kesejahteraan institusi keluarga dan ummah.