Zon Jed Diumum sebagai Zon Terbaik Keseluruhan EKSA
19 November 2021 – Zon Jed telah diumumkan sebagai Zon Terbaik Keseluruhan Bagi Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tahun 2021. Penganugerahan ini telah disampaikan oleh Y.A.A Dato’ Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie, semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Bilangan 4/2021 yang telah diadakan secara Hibrid. Semoga ianya menjadi pencetus semangat kepada warga kerja untuk membudayakan amalan EKSA secara berterusan.