Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Info Jabatan

Pejabat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah

  • Pengenalan

    Pejabat ini bertanggungjawab untuk mendengar dan memutuskan kes Mal dan Jenayah berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 selain memastikan fungsi utama, visi dan misi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dalam melaksanakan pengadilan dapat dicapai.

  • Fungsi Bahagian

    1. Membicarakan dan memutuskan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [En.No. 9/1995] atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama islam dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. 
    1. Mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding kes Mal yang melibatkan semua pihak yang beragama islam yang berhubung dengan perkara-perkara yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Negeri Selangor. 
    1. Mendengar dan memutuskan semua tindakan Rayuan kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah dalam bidang kuasa jenayah dan mal. 
    1. Menentukan orang-orang yang berhak mendapat bahagian dalam harta pusaka dan bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak. 
    1. Mengawasi dan menyemak keputusan Mahkamah Rendah Syariah sekiranya perlu. 
    1. Mendengar dan membenarkan tindakan bersaling terhadap waran, saman, perintah dan penghakiman sama ada yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Negeri Selangor atau Mahkamah Syariah di Negeri-Negeri lain di Malaysia.
  • Carta Organisasi