KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF
Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi (BLIT) berperanan untuk merancang dan menganjurkan Program Latihan Jabatan bagi semua pegawai dan kakitangan Jabatan. Selain daripada itu, selaras dengan Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU yang bertarikh pada 29 Januari 2010, Jabatan ini telah mewujudkan Pelan Tindakan Inovasi Jabatan bagi membudayakan Inovasi dan Kreativiti dalam penyampaian perkhidmatan jabatan kepada pelanggan. Hasil daripada pewujudan pelan tersebut, Jabatan ini telah menubuhkan 9 buah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan telah menghasilkan 12 buah projek inovasi.
1. PROSES KERJA KES CERAI FAST TRACK
Keterangan:
Mempercepatkan Penyelesaian Kes Perceraian di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUKIS) Daripada 90 hari ke 6 Jam Waktu Bekerja.
Pencapaian:
a) Mini Konvensyen Team Excellence Kebangsaan 2016- Anugerah Emas
b) Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara 2016 - Anugerah Emas;
c) Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan, sempena Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2016 (APIC) - Anugerah 3 Bintang;
d) Anugerah Inovasi Islam 2016 - Penilaian Akhir; dan
e) Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 2016 - Penilaian Peringkat Akhir
1. MANUAL PPP
Keterangan:
Satu dokumen yang berbentuk seperti kalender yang terkandung di dalamnya tatacara kerja di dalam dewan sebagai rujukan kepada Pembantu Dewan yang bertugas dalam melaksanakan prosedur kerja di dalam Dewan Bicara Mahkamah.
2. KAD TANGGUHAN
Keterangan:
Penggantian kepada Notis Tangguhan yang diberikan kepada pihak-pihak yang telah hadir ke Mahkamah. Kad Tangguhan yang diedarkan kepada pihak-phak yang hadir ke Mahkamah mempunyai maklumat seperti nombor kes, nama dan nombor kad pengenalan pihak-pihak dan tarikh tangguhan kes.
3. MOBILE COURT KIT
Keterangan:
Satu set kelengkapan bagi perbicaraan luar dewan bicara yang mengandungi set peralatan yang lengkap untuk kegunaan perbicaraan yang mengandungi meja dan kerusi Hakim, Pembantu Syariah dan Setiausaha, ruang penyimpanan fail, laptop dan alat tulis serta mengandungi ruang penyambungan wayar elektrik dan peralatan audio.
Pencapaian:
a) Anugerah Sumber Manusia 2017 – Tempat Ketiga;
b) Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara 2017 - Anugerah Emas;
c) Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan, sempena Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2017 (APIC) - Anugerah 3 Bintang; dan
d)Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 2017 - Penilaian Peringkat Akhir
1. E-LOCATOR
Keterangan:
Sebuah sistem carian dalam talian untuk menentukan Mahkamah yang berbidangkuasa dengan merujuk alamat tempat tinggal pelanggan.
Pencapaian:
a)Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan 2018 - Anugerah Emas 5 Bintang;
b) E-Locator telah tersenarai dalam 20 projek inovasi terbaik dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan 2018;
c) Konvensyen Team Excellence Wilayah Tengah 2018 - Anugerah Emas; dan
d) Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 2017 - Penilaian Peringkat Akhir.
2. SEE MARK
Keterangan:
Sebuah sistem carian dan semakan secara dalam talian status penyediaan perintah Mahkamah Syariah.
Pencapaian:
a) Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 2019 – Anugerah 3 Bintang, 30 September 2020.
b) RISTEX 2021: Anugerah Emas, September 2021.
c) ARISE 2021: Anugerah 4 Bintang.
KIK TRANS-FORM
1. EZI-FORM
Keterangan:
Manual atau panduan khusus kepada para pelanggan yang tidak diwakili oleh Peguam Syarie dalam melengkapkan borang untuk pendaftaran kes di Mahkamah Syariah.
1. E-TRACE
Keterangan:
Aplikasi peminjaman dalam talian E-TRACE bagi membantu penyediaan dan pencarian salinan asal dokumen rasmi atau maklumat yang telah didokumenkan setelah mengetahui status kewujudan fail tutup dan selesai merangkumi fail perundangan, pentadbiran dan kewangan di Seksyen Rekod, Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).
Pencapaian:
Penyertaan di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 2022.
1. RE.LA
Keterangan:
Aplikasi dalam talian yang membantu warga jabatan umumnya dan khususnya kepada lokasi Mahkamah Rendah Syariah untuk merekodkan kehadiran latihan yang telah dihadiri sama ada dianjurkan oleh Jabatan ini atau agensi lain.
Pencapaian:
Penyertaan di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 2023.
1. E-NAF
Keterangan:
Aplikasi dalam talian yang menyediakan rujukan dan formula kiraan nafkah anak dan draf perjanjian persetujuan nafkah anak.
Pencapaian:
Johan Kategori Inovasi Perkhidmatan Awam (Penciptaan), Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 2023.
Penyertaan ke Peringkat Akhir, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sektor Awam 2023
1. CO-JUDGE
Keterangan:
Watikah daripada DYMM Sultan Selangor kepada Pegawai Syariah LS41 sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
Pencapaian:
Anugerah Sumber Manusa 2018 – Tempat Pertama
(HIBRID: JAKESS, JAIS, JPSS)
1. I-CHARGE
Keterangan
Mempercepatkan proses perbicaraan, siasatan dan pendakwaan bagi kes perkahwinan dan perceraian tanpa kebenaran dalam tempoh 1 hari.
PENCAPAIAN AKRAB JAKESS
-
BIL AKTIVITI AGENSI 1 Anugerah APPC Tempat Pertama Peringkat Negeri Selangor -
BIL AKTIVITI AGENSI 1 Pentauliahan Ahli AKRAB Peringkat Negeri Selangor 2 Pentauliahan Jurulatih Utama Pementoran Peringkat Negeri Selangor 3 Lawatan Penanda Aras AKRAB PERDA, Pulau Pinang 4 Anugerah Tokoh AKRAB (Puan Siti Rashidah binti Sarkom) Peringkat Jabatan -
BIL AKTIVITI AGENSI 1 Lawatan Penanda Aras AKRAB JAIS 2 Anugerah AKRAB Dinamik Peringkat Negeri Selangor 3 Anugerah Penarafan Lima(5) Bintang Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi (SKPPsi) Peringkat Negeri Selangor 4 Anugerah Tokoh AKRAB (Tuan Faizarul Nizam bin Azhari) Peringkat Jabatan 5 Pentauliahan Ahli AKRAB Peringkat Negeri Selangor 6 Lawatan Penanda Aras AKRAB Jabatan Mufti Selangor
AHLI
Masnizar@Nizar bin Mokhtar
Salehan bin Haji Yatim
Mohd Hairuddin bin Ab Rahim
Muhammad Nazri bin Basrawi
Aris Fadhilah bin Ramli
Faizarul Nizam bin Azhari
Harun bin Hashim
Norliana binti Zaimon
Siti Rashidah binti Sarkom
Nasha bin Tarikat
Abdul Hadi bin Umar
Aminullah bin Bahrin
Rubiah binti Baharuddin
Mohamad Yuszairi bin Mohamad Zam Zam
Mohd Anas bin Kadir
Siti Rahmah binti Hussin
Masroha binti Duki
Zahrudin bin Mohamed Jawawi
Sri Kauthar binti Mohamad Banon
Salasiah binti Shamsuddin
Siti Kalthum binti Taib
Norsafia binti Shariff
Nor Khisamuddin bin Md Nor
Norsalwa binti Abdullah Thani
Mohd Soleh bin Bahari
Siti Aminah binti Hussin
Ramidah binti Abdul Hamid
CARTA ORGANISASI KIK JAKESS
PROGRAM / AKTIVITI AKRAB JAKESS
Bil | AKTIVITI AKRAB | TARIKH | TEMPAT |
---|---|---|---|
1 | Mesyuarat AKRAB Bil.1/2020 | 6.1.2020 3.7.2020 |
JAKESS |
2 | Mahabbah AKRAB Siri 3 (MRS Hulu Langat, K. Langat, Ampang, Gombak, Hulu Selangor, Sepang) | 14.2.2020 | JAKESS |
3 | Program Refresher Pementoran | 3 - 4 Sep 2020 | PDT Petaling |
4 | Ceramah Pengurusan Stress COVID-19 bersama Cgu Jinggo | 5.11.2020 | Aplikasi SKYPE |
5 | Sesi Bimbingan Kaunseling | Jan-Dis | JAKESS |
Bil | AKTIVITI PEMENTORAN | TARIKH | TEMPAT |
---|---|---|---|
1 | Mesyuarat JK Pementoran Bil.1/2020 | 7.1.2020 | JAKESS |
2 | Program TOT Pementoran JAKESS dan Watikah Mentor Menti | 24.2.2020 | Dewan Muktamar, JAKESS |
3 | Mesyuarat JK Pementoran Bil.2/2020 | 24.2.2020 | Dewan Muktamar, JAKESS |
4 | Bengkel Modul Pementoran | 21.8.2020 | JAKESS |
5 | Program Outdoor Pementoran | 17-18 Sep 2020 | PUSAT INFO JAKESS |
6 | Bengkel Penutup Pementoran | 18.9.2020 | PUSAT INFO JAKESS |