Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Program Semaian 13,000 batang Pokok Ruellia Simplex sempena sambutan 'World Landscape Architecture Month' (WLAM) 2024

MRS Hulu Selangor

18 April 2024

241

17 APRIL 2024- Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor telah menyertai  Program Semaian 13,000 batang Pokok Ruellia Simplex sempena sambutan 'World Landscape Architecture Month' (WLAM) 2024 yang dianjurkan oleh Jabatan Lanskap Majlis Perbandaran Hulu Selangor bertempat di Kebun Komuniti Berpusat, Bukit Beruntung pada 17 April 2024. Seramai tiga orang wakil yang telah hadir bagi menjayakan program tersebut iaitu Tuan Mohamed Hizwan Bin Mohamed Nor, Puan Siti Asmah Binti Mat Wasis dan Puan Nurizzati Binti Roslan.

Selain daripada melestarikan flora dan fauna dalam daerah Hulu Selangor, program tersebut juga bertujuan untuk mencipta rekod baharu dalam The Malaysia Book of Records.