Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Jamuan Hari Raya Tahun 2024 dan Majlis Jasamu dikenang

MRS Hulu Selangor

26 April 2024

130

26 APRIL 2024- Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor telah menganjurkan Jamuan Hari Raya dan Majlis Jasamu dikenang. Majlis ini bertujuan untuk menyambut hari raya bersama-sama sekaligus sebagai satu tanda penghargaan  kepada Tuan Abd Halim Bin Abu Samah yang  telah berkhidmat sebagai hakim pada Disember 2017 sehingga Oktober 2023. Warga Mahkamah ini merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Abd Halim Bin Abu Samah atas komitmen, dedikasi, pengorbanan serta kesetiaan sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam khususnya di Mahkamah ini.

Lokasi turut menerima kunjungan dari Mahkamah Sivil, Pejabat Agama Islam Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah dan RELA. Kunjungan ini berjaya mengeratkan ukhwah antara pengurusan tertinggi dengan warga kerja MRS Hulu Selangor. Di samping menjamu juadah yang disediakan, tetamu dan tuan rumah telah dapat bertukar-tukar fikiran demi kesinambungan perkhidmatan kepada rakyat.