Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

JAKESS PERKASA PETUGAS BARISAN HADAPAN MELALUI KURSUS PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN

Admin-Haeida

30 Jun 2025

44

510483590 1275397557919040 8941177316805377315 n 511637574 1275397574585705 1938052700589150786 n

26 Jun 2025, Kalumpang – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Khidmat Pelanggan dengan tema "Membina Kepercayaan dan Kesetiaan".

Kursus yang berlangsung selama dua hari bermula semalam ini telah diadakan di Sri Damai Resort, Kalumpang.

Program latihan ini telah disertai oleh seramai 30 orang Petugas Kaunter Khidmat Pelanggan yang merupakan barisan hadapan jabatan dari seluruh Mahkamah Syariah di negeri Selangor.

Penganjuran kursus ini merupakan manifestasi kesungguhan JAKESS dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian kepada masyarakat.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memastikan para peserta dapat memahami dan mengaplikasikan prinsip-prinsip asas perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

Selain daripada itu, kursus ini turut bermatlamat untuk membangunkan kemahiran komunikasi berkesan dan menanam sifat empati dalam kalangan petugas semasa menguruskan pelanggan.

Strategi untuk membina dan memupuk kepercayaan serta kesetiaan terhadap pelanggan untuk jangka masa panjang turut menjadi teras pengisian kursus.

Bagi mencapai matlamat tersebut, para peserta telah dibimbing oleh Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin, AKRAB JAKESS.

Adalah diharapkan agar kursus ini dapat menyegarkan lagi semangat para petugas kaunter untuk memberikan perkhidmatan yang lebih efisien, telus dan mesra pelanggan, selaras dengan iltizam JAKESS untuk menjadi sebuah institusi kehakiman syariah yang dihormati dan disegani.