Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Bahagian Penyelidikan & Pusat Sumber

  • Pengenalan

    Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber dikenali BPPS. Terdiri daripada dua (2) unit iaitu Unit Penyelidikan dan Unit Pusat Sumber.

    Unit Penyelidikan menempatkan Pegawai Penyelidik atau Research Officer (RO) bagi membantu YA Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

    Unit Pusat Sumber pula dibahagikan kepada dua (2) iaitu Pusat Sumber Utama  dan Mini Pusat Sumber. Pusat Sumber Utama lebih dikenali Pusat Sumber Ibu Pejabat atau Mahkamah Tinggi Syariah bertempat di Shah Alam, Selangor. Pusat Sumber Ibu Pejabat akan membuat penyelarasan dan pemantauan disetiap Mini Pusat Sumber yang beroperasi di 11 Mahkamah Rendah Syariah Daerah.

  • Fungsi Bahagian

    Unit Penyelidikan JAKESS berfungsi membantu YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bagi kelancaran kes-kes Syariah di dewan Mahkamah termasuk pengurusan kaunter, urusan pentadbiran serta membantu kelancaran  berkaitan kehakiman dan perundangan.

    Unit Pusat Sumber JAKESS pula berfungsi menyelia ruang bacaan, bahan-bahan rujukan seperti buku ilmiah dan kitab-kitab serta menguruskan perkhidmatan pinjaman kepada Hakim, Penyelidik, Pendaftar, Pegawai Sulh, Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga, termasuk kepada semua kakitangan dan sebagai tempat rujukan kepada para peguam, pendakwa, ahli-ahli akademik, pelajar serta orang awam.

  • Carta Organisasi