Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Petaling

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Jasamu Dikenang

MRS Petaling

19 May 2023

1100

Jumaat, 12 Mei 2023 - JAKESS telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Jasamu Dikenang bertempat di Hotel Concorde Shah Alam sebagai satu tanda pengiktirafan dan penghargaan Jabatan kepada anggota perkhidmatan awam khususnya warga JAKESS yang  telah menghasilkan kualiti perkhidmatan yang cemerlang dan yang lebih penting telah memenuhi kehendak serta harapan pihak berkepentingan dan juga kumpulan sasar.

Seramai 5 orang warga Mahkamah Rendah Syariah Petaling telah dijemput sebagai penerima anugerah. Anugerah yang diraikan antaranya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 iaitu Tuan Shahrudin bin Hanin Hamjah, Puan Nurul 'Izzah binti Mohd Jamil dan Puan Siti Norsyahida binti Hasnan Basri. Selain itu, Anugerah Ketua Hakim Syarie iaitu Puan Masroha binti Duki yang baru sahaja berpindah dan Anugerah Tokoh ISO iaitu Encik Tengku Mohd Fahmi bin Tengku Nasaruddin. Tahniah diucapkan buat semua penerima.

Turut diraikan Tuan Shahrudin bin Hanin Hamjah yang bakal bersara pada tahun ini. Warga Mahkamah ini merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Shahrudin bin Hanin Hamjah atas komitmen, dedikasi, pengorbanan serta kesetiaan sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam khususnya di Mahkamah ini.