Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

Program Naziran Mini Pusat Sumber di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Admin - Shafarina

24 May 2023

1628

Selasa, 23 Mei 2023 - Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah menjalankan Program Naziran Mini Pusat Sumber di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor. Naziran dijalankan oleh  Puan Norsalwa Binti Abdullah Thani dan Tuan Mohd Firdaus Bin Mohed selaku pegawai pemantau bertujuan untuk menyelaraskan dan memantau pengurusan Mini Pusat Sumber Daerah-daerah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan yang dihadapi dalam pengurusan Mini Pusat Sumber Daerah dan cadangan penambahbaikan dari lokasi yang dipantau. Ucapan ribuan terima kasih kepada Ketua Pejabat/ Hakim Syarie MRS Hulu Selangor, Tuan Abdul Halim Bin Abu Samah dan Puan Rizwana binti Basheer Osman selaku Ahli Jawatankuasa Mini Pusat Sumber.