Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

MUZAKARAH PENDAFTAR SYARIAH SELANGOR

Admin-Haeida

24 June 2025

17

509435918 1268405625284900 1748505648603503230 n 508694890 1268405488618247 8451657719512808093 n

509947125 1268405611951568 888092676595608015 n 509437266 1268405465284916 8882382796902866115 n

508989595 1268406141951515 2352884156703351178 n
SHAH ALAM, 18 Jun 2025 – Muzakarah Pendaftar Mahkamah Syariah Selangor dengan tema Penguatkuasaan dan Pelaksaan Perintah telah berakhir dengan jayanya selepas berlangsung selama tiga hari.

Program yang bermula pada 16 Jun itu telah menghimpunkan seramai 41 peserta yang terdiri daripada Hakim Syarie, Pegawai Penyelidik, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Pegawai BSK dan Penolong Pendaftar dari seluruh Mahkamah Syariah di Selangor.


Objektif utama program ini adalah untuk memberi latihan intensif dan mendalam kepada para pegawai, khususnya dalam hal yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah mahkamah syariah. Ia juga bermatlamat untuk menyelaras tatacara kerja serta membincangkan cabaran-cabaran semasa yang dihadapi dalam pengurusan kes.

Bagi mencapai matlamat tersebut, program ini telah menampilkan penceramah undangan yang berwibawa, iaitu Dr. Mohd Khir Md Som, seorang penceramah bebas dan Tuan Mohd Hirman bin Ab Raub, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi 2, Klang.

Sesi muzakarah dan perkongsian ilmu sepanjang program tersebut diharap dapat meningkatkan kefahaman peserta mengenai implikasi undang-undang, di samping menggalakkan inovasi bagi memacu penambahbaikan berterusan dalam sistem penguatkuasaan mahkamah.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor untuk memastikan setiap tanggungjawab dilaksanakan dengan cekap, profesional dan selaras dengan tuntutan hukum Syarak.