Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Home
  • Media
  • Berita Terkini
  • LAWATAN KERJA MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA KE SEKSYEN REKOD JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

LAWATAN KERJA MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA KE SEKSYEN REKOD JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

Admin-Haeida

05 November 2025

42

575622246 1394075379384590 2714529820547948980 n 577346498 1394075399384588 1225311460111425719 n

576143035 1394075412717920 7303422597357024438 n 577187260 1394075382717923 6973226051321952313 n

                                              577161815 1394075409384587 6427602803303093155 n

4 November 2025, Shah Alam – Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengadakan satu lawatan kerja ke Seksyen Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) disini, semalam.

Lawatan ini diketuai oleh Tuan Mohd Saifuddin Bin Othman, Pegawai Penyelidik Kanan; Encik Zainal Abidin Bin Mohd Hidzir, Pegawai Rekod Jabatan; dan Puan Sharifah Binti Shuib, Pembantu Tadbir Rekod Jabatan, Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menimba ilmu serta berkongsi pengalaman mengenai pengurusan dan tatacara penjilidan dokumen rekod penting. Tumpuan turut diberikan kepada pelaksanaan Kod Bidang 221311 – Perkhidmatan Membaik Pulih Bahan Terbitan dan Manuskrip sebagaimana kehendak Arahan Amalan No. 3 Tahun 2016 serta ketetapan Arkib Negara Malaysia.

Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Tuan Sofian Bin Ibrahim, Ketua Seksyen Rekod JAKESS; Puan Nuzaziraakmar Binti Othman, Pembantu Tadbir Rekod Jabatan; serta beberapa pegawai Seksyen Rekod yang lain. Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas mengenai pengurusan dan tatacara penjilidan rekod yang dilaksanakan di JAKESS.

Para peserta turut berpeluang melawat bilik fail, meneliti buku penjilidan serta melihat secara dekat proses penyimpanan dan penyelenggaraan dokumen penting jabatan.

Dalam sesi perbincangan akhir, Ketua Delegasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka menyatakan harapan agar lawatan ini dapat memberi peluang kepada pihak mereka untuk memperoleh pengetahuan baharu serta mengadaptasi amalan terbaik dalam pengurusan penjilidan rekod.

Lawatan ini juga diharap dapat memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua agensi dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan kehakiman Syariah di Malaysia.

Lawatan kerja tersebut diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata dan sesi bergambar kenang-kenangan antara pegawai kedua-dua jabatan.